Monday, October 31, 2011

Suami yang menyesal

Assalamualaikum, hari ini hari isnin, 6.35 pagi. Pagi yang tenang dan lapang. Tak tahu kenapa. Pertama kali selepas bangun subuh dan membaca Al-Quran, saya rasa sangat tenang. Tak ada satu pun masalah ataupun keraguan dalam hati. ketenangan yang hampir sama ketika saya di Mekah dahulu. Moga Allah kekalkan ketenangan ini :)
Pagi ini saya buka fb dan melihat post-post daripada kawan-kawan. Saya terbaca satu post ini yang bertajuk "KISAH BENAR...suami yang myesal..". Saya tertarik dengan tajuknya dan baca. Post ini sangat menarik dan menyedihkan. Menceritakan tentang penyesalan seorang suami terhadap perbuatannya kepada isteri. Disini saya copy post itu, untuk tatapan anda semua. Moga kita sama-sama dapat ikhtiba daripada cerita tersebut:



Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar
by: Suke suke suke suke suke suke sgt

Ini pula lagu yang dimaksudkan :

http://www.youtube.com/watch?v=OeDiK2uy3DU&ob=av3e

Ini liriknya :

Whenever I'm weary from the battles that rage
in my head
You make sense of madness when my sanity
hangs by a thread
I lose my way but still you seam to understand
Now and forever
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see

I'm holding a fortune that heaven has given
to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever
I will be you man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the @me
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the
sand
Now and forever
I will be your man
Now and forever
I will be your man

Cerita ini saya copy bulat-bulat daripada post tersebut. Kalau ada salah silap harap dimaafkan. Diharap cerita ini dapat membuka minda kita tentang pelbagai perkara. Antaranya tentang peranan seorang isteri dan tanggungjawab suami terhadap isteri. Wanita seperti dalam cerita inilah menjadi impian saya untuk dijadikan isteri kelak ^^ hehe..

Saturday, October 29, 2011

Kesibukan Melanda

Assalamualaikum, harini genap 240 jam komputer kesayangan saya ini tidak dishutdown. hehe.. bukan nak test power komputer ini. Tapi disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kadangkala rasa tension sangat sebabnya terlalu banyak kerja yang melibatkan penggunaan fikiran. hehe..
Komputer kesayangan saya ini dah nampak serabut sangat. Desktop lagilah. Penuh dan berserabut,dengan gambar2, flash, folder2 lagi. dah tak tersusun. hehe.. korang tengok lah sendiri keadaan desktop saya ini.. :D

Keadaan Biasa (sekarang- icon-icon di hide):



Keadaan Desktop (Sekarang) :



Keadaan 3 hari yang lepas (ketika bekerja) :



Hehe.. serabut tak? serabutkan? masa keadaan '3 hari lepas' tu. Saya dah pening, banyak sangat software yang bukak dalam masa yang sama. Dalam satu masa, saya buat semua kerja. Saya design poster, banting, buat flash presentation, edit video, buat effect video, edit gambar untuk kelas drawing dan buat flash montage untuk client. Serabut jugak kepala hehe.. tapi alhamdulillah sekarang sudah hampi selesai ^^ doakan kejayaan saya ya :)

Thursday, October 27, 2011

Kelas Storyboard

Assalamualaikum, agak lama saya tak update blog ni. Sebabnya, saya sangat sibuk menyiapkan final projek yang banyak sangat tu.. Ada dalam 6 projek yang saya kena siapkan tak termasuk 2 exhibition. Jadi agak kurang masa untuk update blog dan buat kerja-kerja lain.

Dalam banyak-banyak projek ini. Saya paling tertarik dengan projek Storyboard Design. Storyboard Design ini adalah subjek dimana saya belajar macamana nak hasilkan storyboard yang baik. Dalam subjek Storyboard Design ini, kita boleh buat apa-apa cerita yang kita mahu. Ikutlah kehendak dan kreativiti kita sendiri. Nak buang cerita kucing terbang boleh, nak buang cerita kena kejar hantu pon boleh, nak buat cerita apa pun bolehlah. Tak kiralah logik atau tidak. So, menarikkan?

Untuk final projek kali ini, saya pilih untuk buat cerita tentang Gudzoski seorang "snowman" (saya tak tahu bahasa melayu sebut apa) yang bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tempat Paling panas dalam dunia. Banyak rintangan yang dihadapinya untuk sampai ke sana. Namun akhirnya dia sampai jugak.. ^^

Dalam projek kali ini, saya perlu melukis setiap scene dalam cerita tersebut. Adalah dalam 24 scene semuanya. Selepas lukis, saya kena lukis dalam saiz besar pulak. 12.5 cm x 7.06 cm. Selepas lukis, saya kena scan dan warnakan secara digital. Saya gunakan Software Adobe Photsohop untuk warnakan scene-scene ini.. ini hasilnya :)

Lukisan :


Setelah diwarna



Ini hanya contoh scene yang telah saya warna, saya habiskan masa 1 jam 15 minit (purata) untuk warnakan satu scene. Lamakan? cuba bayangkan saya nak warnakan lagi 23 scene? hehe...

Thursday, October 20, 2011

Kelas Drawing 3

Assalamualaikum, kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang kelas drawing seterusnya. Kelas ini berlaku lepas raya. Kelas kali ini kami diberi tugasan untuk melukis 5 perkara. Pertama "Perspective" ruang tamu rumah, kedua gambar balang kuih raya, ketiga radio, keempat potret muka dan kelima body figure.

Seperti biasa, saya menghadapi kesukaran untuk melukis semua benda ni. Sebab apa? sebab kena guna pen. Berpuluh kali saya cuba dekat kertas lain dan akhirnya ini hasil yang saya peroleh :)








Bukan mudah nak buat ni. Tangan kadang-kadang terseliuh sebab nak dapatkan shape yang sebenar. Tapi alhamdulillah berjaya jugak disiapkan. Cuma ada satu sahaja masalah. "Etching". Susah sangat nak etching, sebabnya saya tak pandai nak cari arah cahaya untuk mengetching, jadi saya tinggalkan sahaja sesetengah tu sebab tak tahu nak etching hehe....

Kelas seterusnya, kami disuruh melukis firgure. Sir susun setiap dua orang ada figure tersendiri. Kami disuruh melukis tepat dari sudut pandangan kami. Kami diajar gunakan tangan sebagai penukur firgure tersebut. Ukuran mesti tepat mengikut sudut dan lengkokkan firgure tersebut. Susahkan? jadi fikirkanlah keadaan saya masa itu. Sampai jatuh kerusilah hehe... Lihatlah hasilnya. Beberapa cubaan gagal dan ada yang sedikit berjaya setelah bertarung dalam 3 jam ^^




Ada banyak perubahankan? daripada 'hancur' kepada sedikit berjaya hehe.. ^^ saya berpuas hati dengan hasil yang ini. Sebabnya saya betul-betul berusaha untuk dapatkan hasil sebegini. Namun, tetap ada kesilapan yang ketara. "etching" hancur.... hehe...

Kelas berikutnya, kami diberi tugasa untuk melukis figure lagi. Kali ini bukan figure botol dan kotak pesel lagi dah. Kami disuruh lukis gambar kerusi. Inilah hasilnya.




Lukisan ini sangat susah nak dibuat kerana kami tidak ada meja, hanya berlapitkn lutut dan badan kawan sahaja nak melukis. Kami perlu siapkan lukisan tersebut dalam masa 30 minit. Ya Allah, susahnya nak buat. Sebelum ini, saya buat satu lukisan 2 jam. Ini nak lukis dalam masa 30 minit. hehe.. fikir-fikirkanlah... itu yang senget benget tu. Nasib baik tak jatuh kerusi lagi :D Sebelum balik , sir ada beri tugasan. Kami perlu melukis gambar body firgure. Ini hasilnya





Daripada figure botol dan kotak pensel, pergi ke figure sebuah kerusi dan kelas seterusnya ini, kami disuruh melukis seorang model yang duduk diatas kerusi. Kami diajar melukis model tersebut dalam masa... 5 minit, 10 minit dan 30 minit.. hehe.. cuba bayankan, orang yang lukis bulat pun tak betol nak lukis firgure orang dalam masa 5 minit???? :D

ini hasilnya...

5 minit :





10 minit :



30 minit + buat dekat rumah hehe.. :)


Hehe, yang buat di rumah itu tak jadi sangat sebab muka dia dah jadi macam lelaki. Itu tandanya ada getaran pada tangan masa lukis lukisan tu :) hehe...

Itu sahaja yang saya nak celotehkan untuk kali ini. Insyaallah saya akan tuliskan tentang kelas berikutnya nanti. Kelas berikutnya saya diesuruh melukis firgure model tadi dalam kertas bersaiz A3 pula bayangkanlah.. hehe.. Kami juga telah mendapat "Final Projek" hehe.. tunggu dan lihat ;)

Tuesday, October 11, 2011

Zahirah Aznam


Asssalamualaikum,
Harini saya rsa sangat bosan, tak tahu nak buat apa. Selepas balik sahaja dari kelas terus buka gambar-gambar lama di komputer ni. Terjumpa gambar ini. Ini gambar kawan sekelas saya masa diploma dilu. Zahirah Aznam namanya. Saya shoot gambar ni masa kami berada di semester 5 kalau tak silap.

Monday, October 3, 2011

Julyana Najib (Drawing) 1

Assalamualaikum,
Harini saya agak sibuk dengan tugas harian. Jadual kelas penuh dan assingement banyak sangat. Salah satunya saya perlu lukis potret seseorang. Sebenarnya lecturer tu suruh tekap je. Tapi saya saja-saja nak tambah sedikit efek shadow dekat beberapa tempat. Gambar ni tak siap lagi. Cuma saja nak post jugak hehe..

Khamis yang lepas lecturer ada suruh kami bawa dua potret ke kelas. Saya bawa gambar Julyana Najib ni kerana ia antara potret terbaru yang saya tangkap. Jadi lebih mudahlah kerja saya untuk melukis. hehe.. Antara dua gambar tu, ini gambar yang terpilih ^^


Setelah menghabiskan masa 2 jam melukis gambar ini, inilah hasil yang dapat diperoleh. Tidaklah bagus mana. Tapi saya rasa inilah yang terbaik setakat ini ^^.






Hehe. cuma ada satu silapnya. Lecturer nak saya tekap dan tiru guna pen. Bukan pensel. ish2 degilnya saya ni.. ^^

Aleesya Mardhiah

Assalamualaikum,
Beberapa bulan lepas, saya dan keluarga telah pergi bercuti di Bukit Fraser yang terletak di Pahang. Inilah pengalaman pertama saya ke sana. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak buah baru, Nur Aleesya Mardhiah bt Junaidi yang masa tu baru berusia 5 bulan. Dek kerana geram dengan kecomelannya, saya terus ambil kamera dan snap beberapa keping gambar. ^^











Antara semua gambar ni, ada satu gambar telah saya hantar menyertai satu pertandingan di facebook. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya telah memenanginya :) inilah gambar tu..