Saturday, April 24, 2010

Membuat keputusan Bukannya mudah




Membuat keputusan bukannya mudah, xmcm wat air sirap just msuk air gula, air kosong dgn perasa. xmcm pakai kasut. Setiap keputusan yang dibuat perlulah ada kebaikan tertentu dan perlukan satu tempoh untuk memikirkannya. Pemikiran juga harus berada dalam keadaan yang baik kerna apabila fijkiran kita tidak dalam keadaan yang baik, keputusan akan dibuat juga pasti takan baik. Misalan seseorang pemanah ingin memanah kesasaran. Jika pemanah tersebut tidak tenang dan menumpukan pda target untuk mendapat panahan yang tepat.

Disini aku nk detakkan sedikit tips untuk membuat keputusan:

1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.



4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Harap apa yang diperkongsikan harini dapat dipergunakan oleh semua.. :)

1 comment: