Monday, March 29, 2010

Street Photoshoot.. kedua






Kalini, gmbr yg besa2 je.. hehe.. mls nk edt byk2.. ;p

Sunday, March 28, 2010

Street Photoshoot..






Pg td aku join member2 g Photoshoot merata Ipoh.. pnat... tp best.. lyan k gmbar2 yg xseberapa ni...

Mahasiswa Perak lg...



UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!

Td ada chatting dgn kenalan lama.. kira beberapa mnit yg lalu... menceritakan politik Malaysia..
tiba2 terkeluar lirik lagu ni. Terdetik hatiku untuk menulisnya.. hayatinya ok?


Umat Islam Harus Cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa sapa kata kita tidak boleh,
kita ada Alla Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata..
Umat Islam sentiasa boleh..

Umat Islam zaman lampau,
Taat perintah Rasulullah,
Bersama berusaha,
Bersatu tuju wawasan,
Dunia dan Akhirat,
Wawasan Dunia dan Akhirat....

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Terima Kasih Tuhan




TERIMA KASIH TUHAN

Terima kasih wahai tuhanku,
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya,
Membenarkan aku menghadapMu Tuhan,
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Untuk bercakap denganMu Tuhan,
Meizinkan kuminta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku,
Memohon munajat padaMu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika MenghadapMu
Tidak pula pandai beradap denganMu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka dalam ketaatan
Bukan rahmat dariMu yang kukan dapat
Tapi kukan dapat kemarahanMu,

Ya Rabbal' Alamin, maafkanlah aku...

Ya Rabal' Alamin, maafkanlah aku...

~Mawaddah






Dh lma xupdae blog ni..

Salam.. dh lma xupdate blog ni.. rse rndu plak.hehe..
tp skunk sbuk ckit dgn Tamadun Islam & Multimedia Project managment...
pas2 dgn event MPP yg paperwork tgh proceed. Penat jgk, hehe tp apakan dayamakin dewasa kit makin besar tanggungjawab.. :) Harini bau jumpa 2 blog yg best sgt... Blog kelab Grafik dan Senifoto KPTMKCI(http://senifotokci.blogspot.com/) dgn Kelab Digital Audio & Video KPTMKCI(http://kelasdavkptmkci.blogspot.com/). Layarilah blog ni sbb ada karya-karya student KPTMKCI kat situ n antaranya karyaku jua hehe.. MTV Kau Sahabat Kau Teman-By Bulu Lebat Production. :)

Wednesday, March 3, 2010

Kerana dia ikhlas dan jujur ~ Kuhasya


Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh di luar pagar sebuah kebun buah-buahan.

Melihat epal yang merah ranum itu jatuh bergolek di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa dia berfikir panjang, epal itu dipungut dan dimakan dengan lazatnya. Akan tetapi baru setengah buah epal itu di makan, dia teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka dia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu dengan tujuan untuk hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah yang telah dimakannya.

Di kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Maka dia lantas berkata,

“Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu menghalalkannya”.

Orang itu menjawab,
“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan merawat dan mengurusi kebunnya”.

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi,
“Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah kumakan ini.”

Pengurus kebun itu memberitahukan,
“Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam”.

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu,

“Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, walaupun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita dalam sabdanya : “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka dia lebih layak menjadi umpan api neraka”

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setibanya dia di sana, dia terus mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit memberi salam dengan sopan, dan berkata,
” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh di luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah aku makan itu ?”

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya. Lalu dia membalas,
“Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”

Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut dia tidak mampu memenuhinya. Maka dia bertanya,
,
“Apa syarat itu tuan ?”

Orang itu menjawab,
“Engkau harus mengawini putriku !”

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata,
“Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu ?”

Tetapi pemilik kebun itu tidak menjawab pertanyaan Tsabit. Dia malah menambahkan, katanya,
“Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir sejenak, apakah perempuan seperti itu patut dia sunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya?

Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi,
“Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan yakin,
“Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan perjanjian dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkawinan usai, Tsabit dipersilakan masuk untuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk ke bilik pengantin, dia berfikir samaada akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga.

Maka akhirnya, diapun mengucapkan salam ,”Assalamu’alaikum…”
Tak disangka sama sekali bahawa wanita yang ada dihadapannya dan yang kini telah rasmi menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya . Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi istrinya itu menyambut huluran tangannya.

Tsabit sungguh terkejuts melihat aksi ini. Dia bermonolog:

“Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamku dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”

Tsabit berpikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping istrinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa ?”

Wanita itu kemudian berkata,
“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”.

Tsabit bertanya lagi,
“Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli. Mengapa?”

Wanita itu menjawab,
“Ayahku benar, karena aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak mendapat redha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan ?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya.

Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh karena kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemarahan Allah Ta’ala”.

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat solehah dan wanita yang memelihara dirinya.

Dengan bangga dia berkata tentang istrinya,
“Ketika kulihat wajahnya Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.

Tsabit dan istrinya yang solehah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia.

Itulah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.

Hari ni hari ape?

harini hari rabu... hehe...

Monday, March 1, 2010

Eyes On Ipoh..








Sekarang jam di Kumputerku menunjukkan pukul 4.28 AM waktu IPoh.(xtau la waktu KL kol bpe hehe..) Aku bru je selesai wat Project IMA. Ari2 dh presentation tp, sir mnx ubah ckit bg lg smart.. Tambah ckit video, button, n lg 32 pages.. fuh pnat sgt..
ingat nk tdo.. tp alang2 dh dkat nk sbuh bek tggu.. kang tdo kang konform "Subuh Gajah" hehe..
kat atas ni ade ckit gmbar2 perjalanan project ku.. Awas!! jgn tru. hehe.. :p

Bla fkir blk byk gler aku wat.. cm xcaye aje.. aku, ptung dgn admal.. mmg xexpert sgt benda ni sume.. tau skit2 aje..
tp ktorang leh lah wat siap ade cording slowkan lgu lg hehe.. thanks ptung and Admal korang mmg team yg best.. by da way bla dh wat byk2 ni.. rse senang lak "Director" ni.. cm leh wat lg je hehe... bak kate sir Faisal.. nk cipta sesuatu product Multimedia yg menarik dan terbaik kne pandai men tu ckit n meniru org laen.... sbb dr menirulah kte dpat lebih bk idea cm design, animaton, n klu tpu lak, kte leh tpu dlm menulis script or mengatur object2 dlm kerja.. hehe.... kla.. nk men game sementara sbuh menjelma Assalamualaikum..