Wednesday, April 28, 2010

Kingdoms Of Heaven


Tadi aku hbeskan 3 jam untuk toton satu filem ni... best gler sbb die cerita ttg peperangan Islam dgn Kristian dkat Jerusalam (skrg Baghdad). aku amek masa 3 hari untuk download filem ni. Saiz 3.6 GB dan Bluray moive.



Saturday, April 24, 2010

Membuat keputusan Bukannya mudah




Membuat keputusan bukannya mudah, xmcm wat air sirap just msuk air gula, air kosong dgn perasa. xmcm pakai kasut. Setiap keputusan yang dibuat perlulah ada kebaikan tertentu dan perlukan satu tempoh untuk memikirkannya. Pemikiran juga harus berada dalam keadaan yang baik kerna apabila fijkiran kita tidak dalam keadaan yang baik, keputusan akan dibuat juga pasti takan baik. Misalan seseorang pemanah ingin memanah kesasaran. Jika pemanah tersebut tidak tenang dan menumpukan pda target untuk mendapat panahan yang tepat.

Disini aku nk detakkan sedikit tips untuk membuat keputusan:

1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.



4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Harap apa yang diperkongsikan harini dapat dipergunakan oleh semua.. :)

Thursday, April 22, 2010

Berminat dgn pokok


td lawat Laman Graphic, www.devianart.com. belek punye belek, jumpa 1 gambar pokok, tbe2 hati jd mnat lpak.. ble la aku leh edit cm2kan? hehe.. cantik gler.. cba wat perbandingan ckit..

Then ni plak gambar aku hehe...

bezakan? hehe... cmne ek nk edit cm2? bruk gler aku edit.. ;p pape pn aku akan try lg la blaja.. insyaallah.. ;p

Bufday Member















16 April yg lalu aku ikot member g sambut bufday dorang, aku ikot jela org nk belanjakan? ;p hehe.. walaupun bufday kali ni pelik sbb xda kek, tp, heppening gler.. k ni gmbar2 bufday girl yg aku berjaya tangkap.. :)


Tuesday, April 20, 2010

X Halal?



Pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

Monday, April 19, 2010

Sukan Di Masjid Sultan Yussof Rapat Setia












Anugerah dekan

Gambar2ku masa Majlis Anugerah Dekan.. tp maaflah ini bukan gambar2 dari kameraku kerana kamera2 merajuk xdpat dekan.. huhu..



Friday, April 2, 2010

Belajar Main tone dgn Sifu Admal

sifu Admal Decade mengajarku men tone.. so xcantik sgt.. bru blaja.. hehe...









Sepetang Bersama Si Comel





Takziah diucapkan...


2 april 2010, 12.30 pg
Din beramboi @ nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah kembali ke rahmatullah.. Pemergiannya ckup mengejutkan.. AL-Fathihah..