Friday, September 30, 2011

Photoshoot : Julyana Najib

Assalamualaikum, harini bosan sebab tak ada apa-apa assingement. Jadi saya terus ke hobi lama, edit stock gambar yang banyak dalam komputer ni. Gambar ni di ambil masa Photoshoot santai raya tempoh hari. Saya edit suka-suka sahaja. Hope, anda semua gembira :)

Thursday, September 29, 2011

Logo SenseOfArt

Assalamualaikum, harini saja-saja bosan. Kelas Madam Suzi cancel jadi saya design logo baru senseofart. Rasanya boleh diterima akal tak? hehe...



Wednesday, September 28, 2011

Kelas Drawing 2

Kelas ke tiga drawing. Sebelum ini saya ada cakap yang kami tak boleh guna pensel lagi dah kan? Jadi kelas kali ke tiga ni memang kami belajar melukis guna pen. Kami belajar Etching dan Cross Etching guna pen. Agak susah pada mulanya tapi, bila dah mula melukis baru tau, melukis guna pen ni best jugak hehe..

Kami diberi tugasan untuk melukis 4 benda, Bulat, silinder, kotak, cone dan satu bentuk yang saya tak tahu nak sebut hehe... ini hasil lukisan-lukisan tersebut..








Hehe.. insyaallah dalam masa terdekat saya akan ceritakan tentang kelas ke 4. Masa tu dekat raya. Tunggu dan lihat apa tugasan kami untuk kelas ke 4.

Monday, September 26, 2011

Santai Raya

Sebelum sambut raya haritu, saya, Creativeheart, Admal Decade, Muhammad Farid dan beberapa orang rakan telah merancang satu sesi photoshoot di Taman Tasik Perdana. Saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan event kali ini. Tema untuk photoshoot kali ini adalah "Santai Raya".












Kelas Drawing

Assalamualaikum, lama saya tak update blog ni. Mula-mula rasa macam dh nk putus asa nak berblogging ni, tapi atas request seorang lecturer, saya teruskan jugak lah. :)

Alhamdulillah, selepas tamat diploma dekat KPTM Ipoh, saya diberi rezeki untuk sambung belajar di Universiti Kuala Lumpur. Alhamdulillah jgk saya dapat sambung dalam bidang yang sama. Cumanya ada tambah design sikit je hehe. Seronok memang seronok, tapi ada satu masalah bila sambung dekat UniKl ni. LUKISAN, Semester satu pun saya dah kena ambil kelas lukisan. 4 daripada 6 subjek masa sem satu ni adalah subjek yang memerlukan saya melukis. Aduh.. memang susah sangat. Sebabnya sebelum ni saya nak lukis 'bulat' pun tak reti. Ini pulak nak lukis potret. Hehe..

Dalam 4 subjek tu, ada satu subjek ni memang namanya Introduction To Drawing. Memang subjek ni untuk belajar melukis. Dalam kelas tu, lecturer ada kata, sapa-sapa yang buat blog dan uploadkan lukisan dia dekat blog tu akan dapat markah lebih.

Minggu pertama haritu saya dah disuruh lukis kereta. Memang tersenget-senget tangan nak lukis. Pemadam yang baru beli tu hampi haus disebabkan terlalu banyak sangat padam. ni lukisan dia :




Masa tunjuk dekat sir, dia ada tanya ni tekap ke? hehe.. saya senyum je. Tapi mulut cakap 'tak'. Alhamdulillah sir cakap 'bagus'. cuma dia komen kata kenapa kosong sangat. Dia nak lebih detail lagi. Lepas je tujuk tu, dia sain. Lega hati ni.

Kelas kedua saya disuruh lukis 5 barangan dalam rumah. Saya boleh memilih untuk melukis apa sahaja barangan di rumah. Dengar macam mudahkan? tapi cuba bayangkan seorang yang tak mampu lukis 'bulat' dengan baik nak lukis bola? hehe.. terkehel-kehel jugak tangan. Berapa kali ntah tangan tergeliat nak lukis semua tu. Berapa kali jugak kepala pensel ni patah. Ada sekali tu, pemadam saya hilang. Tak tahulah sapa yang guna. Saya bedal ja padam guna tanga hehe.. last2 jadi shadow pulak. Rasa macam cantik. Tapi alhamdulillah hasilnya macam ni :







Alhamdulillah sir terima lukisan-lukisan ni. Minggu berikutnya saya belajar tentang Etching dan Cross Etching. Eching dan Cross Etching ni sangat best. Sebab kami belajar macamana menghasilkan shadow yang baik dalam lukisan. Kalau pandai gunakan, pasti cantik lukisan tu. Tapi apa yang membuatkan kawan-kawan kelas kami tak duduk dia adalah : "Mulai saat ini, NO MORE PENCIL!" kata sir. So, apa yang saya fikirkan? lepas ni dah tak adalah 'bulat' yang cantik hehe... To be continue...