Thursday, October 20, 2011

Kelas Drawing 3

Assalamualaikum, kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang kelas drawing seterusnya. Kelas ini berlaku lepas raya. Kelas kali ini kami diberi tugasan untuk melukis 5 perkara. Pertama "Perspective" ruang tamu rumah, kedua gambar balang kuih raya, ketiga radio, keempat potret muka dan kelima body figure.

Seperti biasa, saya menghadapi kesukaran untuk melukis semua benda ni. Sebab apa? sebab kena guna pen. Berpuluh kali saya cuba dekat kertas lain dan akhirnya ini hasil yang saya peroleh :)








Bukan mudah nak buat ni. Tangan kadang-kadang terseliuh sebab nak dapatkan shape yang sebenar. Tapi alhamdulillah berjaya jugak disiapkan. Cuma ada satu sahaja masalah. "Etching". Susah sangat nak etching, sebabnya saya tak pandai nak cari arah cahaya untuk mengetching, jadi saya tinggalkan sahaja sesetengah tu sebab tak tahu nak etching hehe....

Kelas seterusnya, kami disuruh melukis firgure. Sir susun setiap dua orang ada figure tersendiri. Kami disuruh melukis tepat dari sudut pandangan kami. Kami diajar gunakan tangan sebagai penukur firgure tersebut. Ukuran mesti tepat mengikut sudut dan lengkokkan firgure tersebut. Susahkan? jadi fikirkanlah keadaan saya masa itu. Sampai jatuh kerusilah hehe... Lihatlah hasilnya. Beberapa cubaan gagal dan ada yang sedikit berjaya setelah bertarung dalam 3 jam ^^




Ada banyak perubahankan? daripada 'hancur' kepada sedikit berjaya hehe.. ^^ saya berpuas hati dengan hasil yang ini. Sebabnya saya betul-betul berusaha untuk dapatkan hasil sebegini. Namun, tetap ada kesilapan yang ketara. "etching" hancur.... hehe...

Kelas berikutnya, kami diberi tugasa untuk melukis figure lagi. Kali ini bukan figure botol dan kotak pesel lagi dah. Kami disuruh lukis gambar kerusi. Inilah hasilnya.




Lukisan ini sangat susah nak dibuat kerana kami tidak ada meja, hanya berlapitkn lutut dan badan kawan sahaja nak melukis. Kami perlu siapkan lukisan tersebut dalam masa 30 minit. Ya Allah, susahnya nak buat. Sebelum ini, saya buat satu lukisan 2 jam. Ini nak lukis dalam masa 30 minit. hehe.. fikir-fikirkanlah... itu yang senget benget tu. Nasib baik tak jatuh kerusi lagi :D Sebelum balik , sir ada beri tugasan. Kami perlu melukis gambar body firgure. Ini hasilnya





Daripada figure botol dan kotak pensel, pergi ke figure sebuah kerusi dan kelas seterusnya ini, kami disuruh melukis seorang model yang duduk diatas kerusi. Kami diajar melukis model tersebut dalam masa... 5 minit, 10 minit dan 30 minit.. hehe.. cuba bayankan, orang yang lukis bulat pun tak betol nak lukis firgure orang dalam masa 5 minit???? :D

ini hasilnya...

5 minit :





10 minit :



30 minit + buat dekat rumah hehe.. :)


Hehe, yang buat di rumah itu tak jadi sangat sebab muka dia dah jadi macam lelaki. Itu tandanya ada getaran pada tangan masa lukis lukisan tu :) hehe...

Itu sahaja yang saya nak celotehkan untuk kali ini. Insyaallah saya akan tuliskan tentang kelas berikutnya nanti. Kelas berikutnya saya diesuruh melukis firgure model tadi dalam kertas bersaiz A3 pula bayangkanlah.. hehe.. Kami juga telah mendapat "Final Projek" hehe.. tunggu dan lihat ;)

No comments: