Thursday, October 27, 2011

Kelas Storyboard

Assalamualaikum, agak lama saya tak update blog ni. Sebabnya, saya sangat sibuk menyiapkan final projek yang banyak sangat tu.. Ada dalam 6 projek yang saya kena siapkan tak termasuk 2 exhibition. Jadi agak kurang masa untuk update blog dan buat kerja-kerja lain.

Dalam banyak-banyak projek ini. Saya paling tertarik dengan projek Storyboard Design. Storyboard Design ini adalah subjek dimana saya belajar macamana nak hasilkan storyboard yang baik. Dalam subjek Storyboard Design ini, kita boleh buat apa-apa cerita yang kita mahu. Ikutlah kehendak dan kreativiti kita sendiri. Nak buang cerita kucing terbang boleh, nak buang cerita kena kejar hantu pon boleh, nak buat cerita apa pun bolehlah. Tak kiralah logik atau tidak. So, menarikkan?

Untuk final projek kali ini, saya pilih untuk buat cerita tentang Gudzoski seorang "snowman" (saya tak tahu bahasa melayu sebut apa) yang bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tempat Paling panas dalam dunia. Banyak rintangan yang dihadapinya untuk sampai ke sana. Namun akhirnya dia sampai jugak.. ^^

Dalam projek kali ini, saya perlu melukis setiap scene dalam cerita tersebut. Adalah dalam 24 scene semuanya. Selepas lukis, saya kena lukis dalam saiz besar pulak. 12.5 cm x 7.06 cm. Selepas lukis, saya kena scan dan warnakan secara digital. Saya gunakan Software Adobe Photsohop untuk warnakan scene-scene ini.. ini hasilnya :)

Lukisan :


Setelah diwarna



Ini hanya contoh scene yang telah saya warna, saya habiskan masa 1 jam 15 minit (purata) untuk warnakan satu scene. Lamakan? cuba bayangkan saya nak warnakan lagi 23 scene? hehe...

No comments: