Monday, October 3, 2011

Julyana Najib (Drawing) 1

Assalamualaikum,
Harini saya agak sibuk dengan tugas harian. Jadual kelas penuh dan assingement banyak sangat. Salah satunya saya perlu lukis potret seseorang. Sebenarnya lecturer tu suruh tekap je. Tapi saya saja-saja nak tambah sedikit efek shadow dekat beberapa tempat. Gambar ni tak siap lagi. Cuma saja nak post jugak hehe..

Khamis yang lepas lecturer ada suruh kami bawa dua potret ke kelas. Saya bawa gambar Julyana Najib ni kerana ia antara potret terbaru yang saya tangkap. Jadi lebih mudahlah kerja saya untuk melukis. hehe.. Antara dua gambar tu, ini gambar yang terpilih ^^


Setelah menghabiskan masa 2 jam melukis gambar ini, inilah hasil yang dapat diperoleh. Tidaklah bagus mana. Tapi saya rasa inilah yang terbaik setakat ini ^^.






Hehe. cuma ada satu silapnya. Lecturer nak saya tekap dan tiru guna pen. Bukan pensel. ish2 degilnya saya ni.. ^^

Aleesya Mardhiah

Assalamualaikum,
Beberapa bulan lepas, saya dan keluarga telah pergi bercuti di Bukit Fraser yang terletak di Pahang. Inilah pengalaman pertama saya ke sana. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak buah baru, Nur Aleesya Mardhiah bt Junaidi yang masa tu baru berusia 5 bulan. Dek kerana geram dengan kecomelannya, saya terus ambil kamera dan snap beberapa keping gambar. ^^











Antara semua gambar ni, ada satu gambar telah saya hantar menyertai satu pertandingan di facebook. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya telah memenanginya :) inilah gambar tu..



Saturday, October 1, 2011

Tracing Kereta

Assalamualaikum,
Harini rasa bosan sangat sebab tak ada apa nak buat. Assingement ada, tapi macam malas je nak buat hehe. lagi pun dari tengah hari tadi internet kat sini ada problem. Jadi banyak tidur je. Petang tadi, belek-belek balik hasil kerja saya kat komputer ni. Actually dah banyak hilang sebab haritu format pc dan tak boleh backup file. Tengah-tengah belek, terjumpa gambar kereta ni.



Ini gambar tracing kereta Audi D-7 Concept Car yang telah saya hasilkan. apa yang telah saya buat adalah, saya trace semua line pada kereta ni. Kemudian, saya catkan ia dengan warna yang sesuai. Selalunya gambar hasil tracing ini akan nampak lebih unreal daripada yang asal kerana ia bergantung kepada pilihan warna yang kita pilih.Saya gunakan Software Adobe Flash untuk jalankan kerja-kerja tracing ni :)

Friday, September 30, 2011

Photoshoot : Julyana Najib

Assalamualaikum, harini bosan sebab tak ada apa-apa assingement. Jadi saya terus ke hobi lama, edit stock gambar yang banyak dalam komputer ni. Gambar ni di ambil masa Photoshoot santai raya tempoh hari. Saya edit suka-suka sahaja. Hope, anda semua gembira :)

Thursday, September 29, 2011

Logo SenseOfArt

Assalamualaikum, harini saja-saja bosan. Kelas Madam Suzi cancel jadi saya design logo baru senseofart. Rasanya boleh diterima akal tak? hehe...



Wednesday, September 28, 2011

Kelas Drawing 2

Kelas ke tiga drawing. Sebelum ini saya ada cakap yang kami tak boleh guna pensel lagi dah kan? Jadi kelas kali ke tiga ni memang kami belajar melukis guna pen. Kami belajar Etching dan Cross Etching guna pen. Agak susah pada mulanya tapi, bila dah mula melukis baru tau, melukis guna pen ni best jugak hehe..

Kami diberi tugasan untuk melukis 4 benda, Bulat, silinder, kotak, cone dan satu bentuk yang saya tak tahu nak sebut hehe... ini hasil lukisan-lukisan tersebut..








Hehe.. insyaallah dalam masa terdekat saya akan ceritakan tentang kelas ke 4. Masa tu dekat raya. Tunggu dan lihat apa tugasan kami untuk kelas ke 4.

Monday, September 26, 2011

Santai Raya

Sebelum sambut raya haritu, saya, Creativeheart, Admal Decade, Muhammad Farid dan beberapa orang rakan telah merancang satu sesi photoshoot di Taman Tasik Perdana. Saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan event kali ini. Tema untuk photoshoot kali ini adalah "Santai Raya".